Friday, October 29, 2010

Syukur..


Kadang2 sebagai manusia biasa kt alpa dan lalai dengan anugerah yg diberi, bila musibah menimpa kt barulah terfikir akan Dia kan..Bila diberi kemewahan kt lupa akan fakir miskin, bila diberi kesihatan kt lupa akan mereka yg menderita, bila diberi kejayaan kt megah dgn kejayaan itu mulalah riya' dan takbur supaya seluruh dunia tahu akan kejayaan ini..Bila tiada semua ni, kt berdoa kepada Dia, diberi kejayaan, kemewahan dan pelbagai lagi ganjaran dan anugerah dari Dia..

Syukurlah dengan apa yg dianugerah oleh Allah s.w.t selama ini..syukur bukan bermakna jika dilahirkan dalam keadaan miskin tidak perlu berusaha untuk meningkatkan status keluarga, bukan bermakna jika mendapat keputusan gagal tidak terus berusaha untuk terus menerpa kejayaan..Syukur bermakna, syukur dengan apa yg dianugerahkan selama ini..Jangan lupa dan lalai dengan anugerah yg diberi dan terus berusaha untuk meningkatkan kejayaan.Apabila sudah berjaya perlu meningkatkan lagi kesyukuran kepada Dia..Sesungguhnya, kt hidup di bumi yg sementara ini.. Kepada Dia lah kt kembali..

Sedikit kisah kesyukuran untuk iktibar..

****SATU

Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W tidak berhenti-henti sembahyang di waktu malam sehingga bengkak-bengkak kakinya..Maka dia berkata kepada baginda "mengapa Allah berbuat begitu padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yg lalu dan yg akan datang".

Jawab baginda " Hai Aisyah, untuk itu tidakkah layak aku menjadi hambanya yang bersyukur".

Iktibar: Sedangkan nabi yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T pun tidak lupa bersyukur, apatah lagi kt...

****DUA

Suatu pagi Rasulullah menyapa seorang lelaki dan bertanya, "apa khabar anda pagi ini?"

Lelaki itu menjawab, "Baik". Lalu Nabi pun bertanya sekali lagi, sehinggalah lelaki tersebut menjawab pada kali ketiga, "Baik, aku memuji kepada Allah dan bersyukur kepadaNya"

Lalu Nabi bersabda, "Inilah yang aku kehendaki daripadamu".

Tiga cara bersyukur yg kt boleh amalkan:

(1)Bersyukur dengan hati. Maksudnya, berasa yakin bahawa segala macam kenikmatan itu datangnya dari Allah.

"Dan apa saja ni'mat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemadhorotan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan".(Al-Nahl;53)

(2)Bersyukur dengan lisan.Maksudnya dengan memperbanyak bacaan " Alhamdulillah"

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebutkannya (bersyukur)".
(Adh-Dhuhaa;11)

(3)Bersyukur dengan semua anggota badan.
Bagi saya, mungkin antunna boleh praktikkan jugak, jika saya rasa sangat down selain baca Quran, boleh juga list kan pencapaian yg telah dicapai sebelum ini.. Cuba bina balik kekuatan diri dengan ingat balik usaha-usah untuk mencapai kejayaan yg dicapai itu..Jangan lupa utk bersyukur..InsyaAllah..Kejayaan di tangan kita..Amiin...

"Bersyukurlah terhadap nikmat Allah, jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada-Nya". surah An-Nahl;144.

* cara modern org biasa buat: list kesyukuran..senaraikan pencapaian anda sepanjang hidup, dan bersyukurlah dengan pencapaian itu. Bertekad utk lebih cemerlang..ni seswai utk sesiapa yg tengah down ..selamat mencuba..

2 comments:

Qalam'Aini said...

Assalamualaikum,
"Cuba bina balik kekuatan diri dengan ingat balik usaha-usah untuk mencapai kejayaan yg dicapai itu..Jangan lupa utk bersyukur..InsyaAllah..Kejayaan di tangan kita..Amiin..." -LIKE!

rindu sama kamu dear sis..semoga kita tergolong dlm golongan hambaNYA yang sentiasa bersyukur..

Q'A: lame tul menyepi.....

FYZA -LULA said...

Insyaaallah my dear sis..slg mengingati..menyepi sebab assignment, presentation n exam..skang tgh exam week..nanti kt ym er..lama x dgr cite..