Friday, October 29, 2010

Syukur..


Kadang2 sebagai manusia biasa kt alpa dan lalai dengan anugerah yg diberi, bila musibah menimpa kt barulah terfikir akan Dia kan..Bila diberi kemewahan kt lupa akan fakir miskin, bila diberi kesihatan kt lupa akan mereka yg menderita, bila diberi kejayaan kt megah dgn kejayaan itu mulalah riya' dan takbur supaya seluruh dunia tahu akan kejayaan ini..Bila tiada semua ni, kt berdoa kepada Dia, diberi kejayaan, kemewahan dan pelbagai lagi ganjaran dan anugerah dari Dia..

Syukurlah dengan apa yg dianugerah oleh Allah s.w.t selama ini..syukur bukan bermakna jika dilahirkan dalam keadaan miskin tidak perlu berusaha untuk meningkatkan status keluarga, bukan bermakna jika mendapat keputusan gagal tidak terus berusaha untuk terus menerpa kejayaan..Syukur bermakna, syukur dengan apa yg dianugerahkan selama ini..Jangan lupa dan lalai dengan anugerah yg diberi dan terus berusaha untuk meningkatkan kejayaan.Apabila sudah berjaya perlu meningkatkan lagi kesyukuran kepada Dia..Sesungguhnya, kt hidup di bumi yg sementara ini.. Kepada Dia lah kt kembali..

Sedikit kisah kesyukuran untuk iktibar..

****SATU

Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W tidak berhenti-henti sembahyang di waktu malam sehingga bengkak-bengkak kakinya..Maka dia berkata kepada baginda "mengapa Allah berbuat begitu padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yg lalu dan yg akan datang".

Jawab baginda " Hai Aisyah, untuk itu tidakkah layak aku menjadi hambanya yang bersyukur".

Iktibar: Sedangkan nabi yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T pun tidak lupa bersyukur, apatah lagi kt...

****DUA

Suatu pagi Rasulullah menyapa seorang lelaki dan bertanya, "apa khabar anda pagi ini?"

Lelaki itu menjawab, "Baik". Lalu Nabi pun bertanya sekali lagi, sehinggalah lelaki tersebut menjawab pada kali ketiga, "Baik, aku memuji kepada Allah dan bersyukur kepadaNya"

Lalu Nabi bersabda, "Inilah yang aku kehendaki daripadamu".

Tiga cara bersyukur yg kt boleh amalkan:

(1)Bersyukur dengan hati. Maksudnya, berasa yakin bahawa segala macam kenikmatan itu datangnya dari Allah.

"Dan apa saja ni'mat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemadhorotan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan".(Al-Nahl;53)

(2)Bersyukur dengan lisan.Maksudnya dengan memperbanyak bacaan " Alhamdulillah"

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebutkannya (bersyukur)".
(Adh-Dhuhaa;11)

(3)Bersyukur dengan semua anggota badan.
Bagi saya, mungkin antunna boleh praktikkan jugak, jika saya rasa sangat down selain baca Quran, boleh juga list kan pencapaian yg telah dicapai sebelum ini.. Cuba bina balik kekuatan diri dengan ingat balik usaha-usah untuk mencapai kejayaan yg dicapai itu..Jangan lupa utk bersyukur..InsyaAllah..Kejayaan di tangan kita..Amiin...

"Bersyukurlah terhadap nikmat Allah, jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada-Nya". surah An-Nahl;144.

* cara modern org biasa buat: list kesyukuran..senaraikan pencapaian anda sepanjang hidup, dan bersyukurlah dengan pencapaian itu. Bertekad utk lebih cemerlang..ni seswai utk sesiapa yg tengah down ..selamat mencuba..

Sunday, March 7, 2010

HUJAN oh HUJAN..

huhu..
Setelah sekian lama x update kan..dah 2 bulan x update..
Actually dah mati kutu nak cite apa kat blog aku ni..
sebab dah lama x bercerita..
so, malam ni rasa nak warm up je la..
esok2 I cite k..

Jap, malam ni nak gitau 1 benda je la..
KK sangat panas..amat2 panas skang..
dulu on kipas 2, x pon 1..skang wajib 5 ok..
Hujan?dan sebulan kot x ujan..
Muka?cam hitam legam kot skang..
ahha..sunburn dah wei..(camne nak kawen pas grad ni)
jom korang, solat hajat panggil ujan..
or, ada suggestion lain nak suh hujan di bumi kk ni..
yup, panggil HUJAN band lagi kat DC ok kot..
tp kena gaduh dgn si dugong dulu la kot..
ok bye..dah mengarut.. (ni bukan entry terpendek kot?)

Sunday, December 27, 2009

Rajin masak, malas mengemas

W A R N A - W A R N I H I D U P K U

Terbaca profile blog seorang akak ni.. "Rajin memasak, malas mengemas"
(mcm slogan je kan, but cam terasa jugak la, ada jugak org cam aku ni kan)..

Actually, hobi memang ske masak, n ske komen masakan org..so, klu bawak pi restoren cam so-so tu confirmla kena komen (macamla pandai masak kan..tp ada org dah book kelas memasak ni)..

Ok, ni baru dengar cite yg best kan..yg x bestnye aku x ske mengemas...(confirm x ada org meminang aku pasni..ada aku kisah?) sbb tu aku x ske org sepahkan baru aku, coz ak malas nak mengemas n jarang2 kemas (Kena cari bakal suami yg ske mengemas ni..Anyone?)..klu dah lepas kemas tu, mesti jaga berabisla supaya dia x besepah..(memang anak dara x leh arapla org kata).

Aku ske basuh pinggan..x tau nape..maybe waktu mama mengandung dulu mama kerja basuh pinggan kot..Sian mama..hehe..klu pegi kenduri tu ak basuh pinggan sorang2 pon x pe..

Tp x ske bsh kain..sbb aku basuh kain mesti lembab punyala..1 baldi tu 1jam kot..sume jenis baju ak sental kot..xyakin kebersihannya..So, klu kawin perlukan bibik utk basuk kain shj..mengertikan..hehe..

W A R N A - W A R N I H A R I I N I

Tapi, arini cam rajin pelikla aku ni..tadi petang after balik dari main basketball, terus aku kemas bilik..fuh, memang rajinla...(klu sape tengok td mesti nak wat bini kan..ahaha..)..Pastu sanggup menolak ajakan si Lai pi kenduri..hehe..syok jugak mengemas ni sbnrnya..then, siap kemas buku, barang2 masak sume, mop n sapu lantai sume..then tukar cadar..n lagi bertambah rajin basuh baju..(guna washing machine je pon, cadar, towel sume ak basuh)...

Skang, kena belajar mengemas..coz nanti leh duk umah sdiri kan..(berangan lak, belajar x abis lagi kan). Ok, esok nak pi shopping terasa nak hiaskan bilik lak..maklumla sem last kan, kena semangatkan diri skit..

W A R N A - W A R N I H A R I E S O K

New Sem, New Hope..
Esok class cancel..tuesday baru start lecture..sgt takut..

Sem kali ni, kena bekejar2an.. Lab + Lecture + Survey..
Sebut lab, dah x semangat balik..dah la sume equipment kena book..
Bila dapat run analysis ni..Nanti Abg Mail tanya apa progress matila nak jawab..

Owh! skang sambil2 jugak kena wat survey AKA consumer test..
Stakat ni alhamdulillahla hedonic, ranking test dah setel..tinggal consumer test shj..tu pown ramaila yg tlg especially Lai (thanx Lai..syg ko!!!)..then, coursemate aku sgt bagus..x payah suruh test biskut ni..dorang yg mintak..terharu gila..suh rasa 1 mintak 1 bekas..n sume formula dah dorang habiskan..selamat laris..So, tamatlah riwayat kesan degil..

p/s: dah jam 3..esok pg kena pi lib cari buku ni..tp x ngantuk lagi..dah la air x ada..sedeynya..bye cik blog..maybe pasni x leh la nak story2 slalu kan..dah stat bz..

Thursday, December 24, 2009

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul..

Kisahku~~

Dah lama sy cari buku ni..ni buku umie promote waktu saya LI kat Kuantan dulu..tp x sempat baca lagi time tu..busy kan..so, sy cari kat KT x ada, kat KK pon x jumpa2..then, baru2 ni balik cuti, terjumpala kat Kuantan Parade, tapi time tu ada duit RM4 je..(org miskin camnila..sedey giler time tu), so, alang2 ada kakak ipar yg ikot saya pon paw dia..tp pastu kena marah kat mama sbb mintak duit dgn kak ipar..sempatla gaduh..mintak ampun ma..


Sinopsis~


Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

Wajib Beli~

Memang berbaloi kena marah..sebab buku ni memang best giler tau..rugi sape yg x baca lagi..pastu buku ni seswai utk korang hadiahkan kat bf or gf korang..penghargaan utk pasangan..seswai gak utk pengantin baru..banyak pengajaran yg kt dapat..and utk kami2 yg single ni, 1 penghargaan jugak..rasa cam bahagianya idup single..

...Kenikmatan Cinta Selepas Kahwin tu Lagi Bahagia kan...