Thursday, May 14, 2009

Panduan untuk Pesakit Gout...



Selalunya penyakit ni menyerang pesakit yg berumur..so, klu mak ayh ada gout, silalah nasihat dia dan jaga pemakanan. Walaupun gout menyerang org dewasa, kt pun perlu berjaga juga ya...kita berpotensi jika kurang penjagaan makanan..Kira main hentam je makan apa-apa asal sedap...sekian sahaja info yg saya dapat berikan...oh ya...this is part of my assignment tau..so I present to u all k..

Apa itu Penyakit Gout?


Penyakit Gout adalah di sebabkan oleh paras asid urik yang berlebihan & terlalu tinggi dalam badan.

Pengumpulan kristal- kristal monosodium urate (asid urik ) banyak di kawasan tisu badan & biasanya di dalam & sekitar kawasan penyambungan tulang.


Simptom2

Biasanya penyakit gout bermula dengan sakit yang teruk dan tiba—tiba pada sambungan tulang. Apabila ia semakin serius pesakit akan merasa sakit atau bengkak pada lehar, lutut, kaki atau jari.

Apabila makan, purin di dalam makanan akan ditukarkan kepada asid urik di dalam badan. Oleh itu, apabila mendapat penyakit gout, pesakit perlu mengelakkan mengambil makanan yang tinggi dengan purin untuk mengurangkan paras asid urik dalam darah.


PANDUAN KEPADA PESAKIT GOUT.

  1. Pastikan berat badan anda tidak melebihi berat badan ideal

1. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi dengan purin


2. Berhati - hati apabila mengambil sayur - sayuran dan buah -buahan yang mengandungi sederhana purin dan makan mengikut sukatan yang dibenarkan sahaja

3. Anda digalakkan minum lebih banyak air untuk menggalakkan perkumuhan asid urik yang berlebihan melalui urin. Anda dinasihatkan untuk mengambil sebanyak 2 liter sehingga 2 ½ liter air sehari

4. Makanan yang berasaskan lemak juga harus di kurangkan kerana pengambilan lemak yang

berlebihan akan mengganggu perkumuhan asid urik melalui urin

5. Anda di galakkan untuk melakukan senaman ringan setiap hari secara tetap dan boleh mengeluarkan peluh selama 20 - 30 minit setiap sesi


SENARAI MAKANAN TINGGI PURIN - ELAKKAN ( 100 - 1000 mg / 100 gm )

· Ikan Bilis

· Ikan Kembung ]

· Sardin

· Hati

· Otak

· Buah Pinggang

· Jantung

· Pati Daging ( daging di ekstrak )

· Kepah

· Kerang

· Angsa

· Ayam Hutan

· Telur Ikan

· Makanan Laut

· Makanan Bersantan

SENARAI MAKANAN YANG SEDERHANA PURIN (9 - 100 mg / 100 gm )

¨ Asparagus

¨ Kacang yang dikeringkan

¨ Legum contoh : Dhall

¨ Cendawan

¨ Kacang Peas

¨ Bayam

¨ Ikan, Ayam, Daging

- dibenarkan 2 - 3 oz daging, 1/2 cawan sayur—sayuran dalam kumpulan ini



3 comments:

armouris said...

info tentang gout kat sini - Gout Serang Sendi

Anonymous said...

info yang sangat berguna.tQ sis. Untuk pesakit gout, jum try minum exfuze seven plus.. In Syaa Allah :)

nufaShoppe said...

more info on Exfuze7, just hit me..