Wednesday, June 10, 2009

Ngeri..Jadikan Iktibar...

Salam Hormat dari saya..
Ni cerita yg sy baru dapat dari umi saya...Saya bagitau awl2 lah..cerita ni bukan untuk mengaibkan si yg diceritakan tetapi sebagai iktibar utk kita semua..

Ia mengisahkan seorang pelajar sekolah agama swasta, mungkin klu ada yang perasan ada news pasal budak ni dalam paper baru2 ni..Kisah seorang pelajar perempuan tingkatan 3.. Kisah dia macam ni..kira-kira 8 bulan yg lepas budak ini telah berpindah ke skolah agama swasta di sini..tetapi hanya sebagai pelajar yg menumpang untuk menduduki PMR kat sini..

Pada hari rabu yang lepas budak ni telah melahirkan seorang bayi lelaki di rumahnya sorang2..saya masih tak dapat bayangkan seorang budak 15 tahun selamat melahirkan seorang bayi seberat 4 kg dalam keadaan normal..bayi ini dilahirkan songsang..(nauzubillah...), dan yang menyayat hati sekarang bayi ni telah diletakkan di atas pagar jiran sebelah...Bayi ni saya tak pasti meninggal sewaktu dijumpai atau sebelumnya...tetapi yang pasti bayi ini telah kembali ke rahmatullah..

Saya dan umi masih x dapat bayangkan, macamana keadaan perempuan ni sewaktu tu..sy pernah jumpa budak ni..waktu sy jumpa tu dia sedang mengandung dan sejak 8bulan yg lepas, guru2 sekolahnya tidak pernah mengesyaki yg budak ni pernah mengandung termasuk umi sy yg juga guru kelasnya...mungkin badannya yg besar dan tinggi dengan tudung labuh dapat menutupi sifat2 fizikal tersebut..yg menghairankan kami, camana budak ni dapat meneyembunyikan perkara ni sehinggakan keluarga dia tau selepas dia pengsan di sekolah.. budak ni telah pengsan selepas sehari dia melahirkan anaknya...Waktu ini dia sedang menghadapi ujian pertengahan tahun...(kami masih tertanya2 macamana selepas melahirkan bayi dia boleh bangun dan ke sekolah)..saya pun tak pasti di mana kekuatan yg ada..

Dan sekarang sy x pasti di mana budak ni skang..dan kes ni masih disiasat polis iaitu tuduhan membunuh..oh ya,lelaki yg sepatutnya bertanggungjawab ke atas budak ni sudah 1bulan melarikan diri..dan sekarang sudah ditangkap polis...sekarang family dia termasuk adik-beradik dak ni tak mengaku anak dan adik beradik..kesian sgt...mmg salah dia mencalar maruah keluarga tetapi waktu ni sy rasa dia sgt2 memerlukan seseorg kan...

Semoga Allah memberi jalan untuk adik ni...semoga Allah mengampuni dia..dan sama-sama kita berdoa kita dihindari oleh perkara yg sebegini..semoga Allah sama2 melindungi kita semua..Amiin..

2 comments:

Hilal Azmi said...

susah nak kata....form 3 pon dah pandai skang nie...huhu

FYZA -LULA said...

ntah la lal..aku sampai skang x ;eh imagine coz dia sorg2 tau..meberanakkan diri dgn keadaan songsang..then dia sendiri yg tanam uri sume tu..Masyaallah..x tercapai akalku..