Thursday, February 12, 2009

Palestin:3000 Kelahiran dan 1600 Kematian..

Alhamdulilah, syukur yang teramat sekali apabila mendengar kemenangan yang berpihak kepada Hamas baru baru ini. Berkat doa umat Islam seluruh dunia, semangat juang warga Palestin yang berjuang mati-matian hingga titisan darah, akhirnya kemenangan adalah berpihak pada mereka. Walaupun kemenangan ini diperoleh setelah berlaku kematian warga Palestian kira-kira 1600 orang, pelbagai kemusnahan yang telah berlaku dan juga pelbagai penyeksaan yang telah dihadapi oleh warga Palestin, namun mereka masih sabar dalam memperjuangkan tanah mereka dan agama mereka dan akhirnya inilah hadiah sebuah kesabaran dan semangat juang yang tinggi.

Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah berita dari akhbar tempatan yang merakamkan majlis perkahwinan yang diadakan oleh warga Palestin. Mungkinkah di fikiran kita terbit kenyataan, " sanggup mereka berkahwin dalam keadaan sebegini, dalam keadaaan yang kritikal untuk mempertahankan negara mereka". Rupanya, saya sangat terperanjat apabila mengetahui yang kebanyakan dari mereka berkahwin hanya untuk mendapatkan zuriat untuk melahirkan lebih ramai pejuang yang boleh membawa kesinambungan mereka dalam mempertahankan negara. Sungguh mengagumkan diriku. Sungguh kerdil bumi Malaysia jika dibandingkan dengan semnagat jihad dan juang mereka sehiggi berfikir ke tahap ini. Berbanding dengan negara kita, taraf sekarang kalau tiada paling kurang 8 ribu, tidak usahlah berangan untuk berkahwin. Tetapi mereka?dalam keadaan dentuman bom di merata tempat, tanpa wang hantaran, kenduri, tanpa perkataan manis berbasa bas, aku cinta padamu, rindu-rindu sayang-sayang, masih lagi dapat meneruskan perkahwinan mereka. Sungguh murni perjuangan mereka dalam menegakkan agama Allah.

Setelah mebaca isu ini beberapa hari, aku difahamkan lagi oleh seorang penggerak Aman Palestin yang telah menemubual wakil tentera Regim Zionis sendiri, mereka telah mengakui kekalah di pihak mereka, oleh itu mereka terpaksa berundur kerana semangat juang tentera Hamas yang tinggi dengan sokongan dan bantuan warga Palestian yang tidak takut mati dan sanggup bejuang mempertahankan bumi mereka. Mereka juga mengakui yang mereka sangat takut pada senjata batu pihak lawan. Hanya dengan balingan batu pihak lawan, mereka boleh tercedera bagai diperangi senjata berteknologi tinggi.

Rakaman temubual dengan wakil Hamas pula mengatakan, pada suatu ketika di medan perang, ketua tentera Hamas sendiri belum lagi memberi arahan untuk menyerang Regim Zionis tetapi serangan mereka sudah samapi ke pihak lawan dan sudah memusnahkan mereka. Mereka juga pernah dimarahi oleh ketua mereka kerana bertindak sebelum arahan, tetapi tidak pasti perkara ini, hanya Allah sahaja yang tahi tentang kurniaannya. Nabi-nabi telah dikurniakan mukjizat2 suatu ketika dahulu, dan kini warga Palestin telah menerima suatu keistimewaan atau anugerah yang amat berharga ini, iaitu pertolongan dari Allah dalam perjuangan ini. Begitulah kuasa Tuhan... MasyaAllah...

Selain itu, mereka juga berkata kematian yang berlaku di Palestin adalah kira-kira 1600 orang tetapi kelahiran yang berlaku pula telah melangkaui dua kali ganda iatu kira-kira 3000 orang. Palestin memerlukan kelahiran seorang pemimpin yang mempunyai pandangan masa depan yang jauh untuk terus berjuang. Memang kita semua di lahirkan sebagai seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang boleh dipimpin dan memimpin. Tetapi di Palestine, ramai bakal pemimpin (iaitu bayi) mati kerana kerakusan perang..sungguh dasyat sekali. Semoga saudara Islam atau bukan Islam segalaksi dapat memahami kesengsaraan penduduk di sana berpunca daripada pemimpin yang ANGKUH. Pemimpin ANGKUH itu harus bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai2 yang bertahun lamanya. Semoga Allah sentiasa melindungi warga Palestine dan umat Islam di seluruh dunia dari pengkhianatan Yahudi dan juga golongan-golongan lain yang sentiasa ngin memusnahkan Islam.Amiinnn..

P/S: Kepada yang bukan Islam, saya rasa ramai di sini yang sangat memperdulikan dan prihatin tentang isu Palestin dan tidak lupa yang menyumbang untuk warga Palestin. Semoga kamu mendapat kebaikan sentiasa hendaknya.

No comments: