Tuesday, June 2, 2009

Selami Keperitan Ibu Tunggal..




Bila kita kasih pada sesorang kita sanggup buat apa sahaja kan. Bukan hanya kasih pada kekasih dan juga suami tetapi kasih yang tidak terhingga seorang ibu kepada anak-anaknya yang ditinggalkan suami. Kenapa seorang ibu sanggup bekerja menyara anak-anak tanpa suami di sisi, selepas waktu kerja membuat kerja rumah dan mengurus anak-anak. Keperitan ni mungkin kita tak pernah alami kan, dan mungkin sesetengah kawan-kawan pernah alaminya sebagai seorang anak. Jika bersama suami, kerja-kerja ini diurus bersama, kiranya beban yang ditanggung tidaklah seberat mana kan.

Inilah apa yang saya rasa sekarang, tapi tidaklah sehebat mana bebannya. Saya mula terfikir, jika saya pada waktu sekarang sudah bekejar-kejar menguruskan adik-adik tanpa umi dan Pak cik saya, apatah lagi ibu-ibu di luar sana yang bekerja keras untuk menanggung anak-anak mereka. apakaha perasaan mereka. tidak penatkah mereka bekerja sambil sambil menguruskan anak-anak seorang diri. Semuanya terletak di bahu si ibu.

Waktu sekarang, saya mungkin mengalami bebanan 10% sahaja dari mereka. Saya hanya menjaga dua orang budak, bangun jam 6 memasak untuk mereka,menjemur kain dan selesaikan kerja-kerja rumah sebelum menghantar mereka ke sekolah dan saya akan pergi ke office. Jam 1 petang waktu rehat saya ambil mereka dari sekolah, bagi makan dan kembali kerja semula pada jam 2 petang. Jam 5 saya pulang dari kerja, kalau perlu kerja lebih masa, mungkin jam 5.30 saya balik dan sampai jam 6 petang di rumah. Kalau terpaksa balik lewat, telefon dah berbunyi, ada suara anak-anak kecil yang kelaparan minta balik secepat mungkin. Balik sahaja dari rumah, masak untuk mereka, dan selesaikan kerja-kerja seperti membasuh dan lipat kain semua, kemas rumah. Sebelum tidur, pastikan mereka semua ok dan tidur barulah senang hati nak tidur.

Ibu-ibu kita mungkin akan merasakan perkara yang sama kan. Tapi di sini, saya sangat sangat-sangat menyanjung ibu-ibu tunggal ni. Seorang ibu yang sanggup membuat apa sahaja untuk anak-anak mereka, membesarkan mereka demi memberi sesuap nasi untuk anak-anak, memberi pelajaran untuk anak-anak sehingga berjaya walaupun anak-anak kurang menghargai pengorbanan ibu ini kan. Pengorbanan seorang ibu mungkin selama 20-30 tahun ini dibalas dengan penghargaan untuk mereka dengan segulung sijil untuk menghuni rumah penjagaan warga tua. Adakah ini berbaloi kawan-kawan? Pengorbanan penat-lelah seorang ibu dibalas sebegini selepas anak-anak sudah berjaya. Sama-sama kita doakan agar kita bukan tergolong dalam golongan sebegini...

* Saya menjaga 2 org anak mak cik yang sekarang sedang mengerjakan umrah di tanah suci bersama suami.

No comments: