Monday, December 22, 2008

IPTA isu: Pendidikan : Peranan Mahasiswa...

Salam ukhwahfillah untuk semua.. sy petik isu ini dari forum yang sy sertai baru-baru ini.. Terpanggil untuk membicarakan intipatinya kembali... isu ini telah dibincangkan dalam forum antara UMS-UUM-UBD di UBD baru-baru ini..Antaranya, wakil masing2 memperkenalkan sistem pendidikan negara masing2..tidak terlalu banyak perbezaan antara sistem pendidikan di Malaysia dan di Brunei...Kedua-dua negara mengamalkan sistem pendidikan berdasarkan peperiksaan iaitu di peringkat rendah darjah enam, tingkatan 3, 5 dan 6. Bezanya hanyalah nama peperiksaan sahaja dan peringkat peperiksaan adalah sama. Di Brunei, jika pelajar gagal di peringkat tertentu, mereka perlu mengulang peringkat tersebut manakala di Malaysia, pelajar yang gagal di peringkat rendah tidak perlu mengulang dan boleh meneruskan pengajian masing-masing tetapi yang membezakan mereka ialah sekolah menengah di mana pelajar yang cemerlang akan dihantar ke sekolah elit. Di Malaysia, pelajar yang selesai peringkat sekolah menengah lebih mudah memasuki universiti berbanding di Brunei. Di Brunei pula, pelajar Universiti mereka diberikan biasiswa manakala di Malaysia kebanyakan pelajarnya hanya mendapat pinjaman PTPTN. Selain itu, forum ini juga hangat membincangkan isu pengangguran di kalangan mahasiswa. Bagi pendapat saya, di sini mahasiswa sekalian perlu berperanan untuk bijak mencari ruang dan peluang yang ada. Kemahiran yang ada dijadikan aset untuk mendapat kerja. Seorang peserta dari UBD ada bertanya kepada peserta yang lain... ‘adakah kamu rela menjadi seorang cleaner ?’ peserta tersebut menjawab tidak..seorang lagi berpendapat pelajar sekarang memilih kerja kerana tidak sanggup bekerja sebagai cleaner, buruh dan sebagainya..bagi saya, isu memilih kerja tidak akan timbul di sini, jika siswazah sekalian bijak mencari ruang dan peluang yg ada...bijak mencari peluang di sini, bermaksud jika hanya tinggal kerjaya sebagai seorang cleaner mahasiswa perlu bijak mencari peluang untuk menjadi seorang pengusaha kedai cuci kereta, mengambil tender cuci bangunan dan sebagainya..pilihan semua di tangan kita...untuk membantu masalah pengangguran ini, kerajaan Malaysia telah memberi peluang kepada graduasi sekalian untuk mengusaha perusahaan sendiri dengan ‘Skim Usahawan Siswazah’. Skim ini dijalankan diseluruh Malaysia dan setiap ahli yang berminat akan menjalani kursus dan dibantu oleh kerajaan untuk memulakan perusahaan masing2. Skim ini banyak membantu siswazah sekalian dan sekurang-kurangnya isu pengangguran dapat dikurangkan.Wassalam...

1 comment:

Jlascanteen said...

grad dulu lah baru cerita